Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Great!!!..gud newssssss...

~kepada PROUUM online..maap..saya mengepost cite anda disini..hehehehe..~

haluuu...whoaaa..wat a bright sunny dayyy....hepiii..bertambah hepi pabila kedua ibu bapa ku and adeq ku selamat sampai ke rumah setelah ke Mekah selama 12 hari..wat umrah..hoho..berakhir la suda keje aku sbg suri rumah sementara..untuk meraikan tamat tugas..haaa..aku bangun kul12 tgahari taw ary neyh..spupu aku dtang pon ak xsdar taw..hahahaha..gileee x ak??heee~

okey2..bukan nak cite pasal neyh sgat pon...td ak terbuka la laman sesawang UUM COLGIS..bukan nye ap..ad stu org neyh..bole kata junior ak la..dye duk assi law UiTM s.alam..n further stdy kt UUM..sme tmpat ngan aku la..so byak la d interview oleh beliau..2 yang secara tetibe bukak UUM COLGIS 2..heeheh..

so ble da bkak..tetibe ternampak link mengenai dibwah
...okeyy..ak akan copy and paste berita tuh..

<Graduan Pertama UUM Diterima Masuk Sebagai Peguam Bela Dan Peguam Cara>

~PROUUM ONLINE: Graduan Sarjana Muda Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Aida Abdul Razak mencatat sejarah apabila diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Anak sulong daripada lima beradik ini telah berjaya menamatkan latihan dalam kamar selama sembilan bulan iaitu bermula pada 29 Jun lalu di sebuah syarikat guaman Kuala Lumpur di bawah seliaan dua peguam iaitu K. Balaguru dan Leong Khai Yan.

Aida mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra dan Sekolah Tun Fatimah di Johor sebelum menyambung pengajiannya di peringkat Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, cawangan Arau, Perlis pada 2001 hingga 2003.

Walaupun berjaya mendapat diploma dalam program perakaunan namun beliau memilih melanjutkan pengajiannya di UUM pada 2004 hingga 2008 dalam program undang-undang.

Graduan sulong program undang-undang ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ,Dato’ Has Zanah Mehat di kamar RKKK2, Kompleks Mahkamah Jalan Duta ,Kuala Lumpur.

Beliau bersama sembilan lagi peguam yang diterima masuk di majlis itu berbangga kerana akhirnya graduan UUM diiktiraf dan diterima masuk sebagai peguam.

“Kegembiraan ini saya kongsi bersama keluarga, kakitangan akademik dan seluruh warga UUM dan juga merupakan hadiah khas sempena Konvokesyen Ke-23, Sidang Pertama, UUM yang kebetulan tarikhnya sama dengan tarikh saya diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara” katanya.

Aida berkata, pengiktirafan ini amat bermakna baginya dan pihak pengurusan Universiti kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar lain atau mereka yang ingin memilih program undang-undang supaya memilih UUM kerana ia setanding dengan universiti lain di negara ini.

Sementara itu, seorang peguam yang melatih Aida, K.Balaguru berkata, beliau tidak nampak kekurangan graduan dari UUM ini kerana ia mempunyai ciri-ciri dan kelayakan yang sama dengan graduan universiti lain.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada tenaga akademiknya dan UUM kerana akhirnya graduan UUM kini setanding dengan graduan daripada universiti lain,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, bapa Aida, Profesor Dr Abdul Razak Saleh, berkata beliau besyukur dan bangga kerana bukan sahaja anaknya diterima sebagai peguam bela dan peguam cara malah berbangga kerana graduan UUM kini setanding dengan graduan undang-undang dari universiti lain di negara ini.

“Saya bangga kerana walaupun anak saya pada mulanya mengambil Diploma Perakaunan namun kerana minatnya dalam bidang undang-undang, dia kini berjaya,” katanya.

Sementara itu Dekan Pascasiswazah UUM COLGIS, Prof Madya Dr Rusniah Ahmad berkata beliau bangga dengan kejayaan Aida dan berharap selepas ini lebih ramai lagi graduan UUM akan menggegarkan kamar mahkamah.~


so..bangge x kwan2 yang laen???jum2..semester 3 neyh kite kena berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi seperti senior kita di ats ini..thniahhhhh....huhu..=]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment