Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Hello March 2012:)

Assalamualaikum


orang lain sebok update blog pada 29 februari 2012 yang mana hadirnya tarikh tu 4tahun sekali tapi aku update blog bile masuk bulan baru..apakah??salah ke??tak kannn..even i update it late but i still can write what has happened on that day..ain't im right??heee

so guys..semalam, 2March2012..bersama dengan girlfriends seramai 10 orang telah bergerak pergi ke Kem Paya Pahlwan, Jitra untuk menghilangkan tension..tension??bukan tension la kot..orang lain dapat duit PTPTN @ JPA pergi Penang @ Langkawi tapi kami pergi kem..kami sememangnya manusia yang berjimat..HAHA

Annur as RATU UUM telah mengajak kami untuk bermain main..so yang pergi adalah Tiqah, Erah, Aina, Cha, Mira Mizah, Suhaidah, Wawa fariha..syiokk ooo..kami gerak dari Kachi naik Bas Unic jam 8.30 pagi..sampai sana lebih lebih kurang jam9.15 pagi la..so sampai sana terus breakfast Nasi Lemak tapi aku special sket makan kuih muih..haha..padan muka diri sendiri..

lebih kurang jam10 pagi baru kami start berprogram..bermula dengan Jungle Trekking yang sumpah la teramat jauhnyaaa..pancit wooo..2jam setengah jugak la kami berjalan kaki..di bawah cahaya matahari yang bersinar terang..memang confirm masing masing dah turun 3kg semalam..wehooo..and aktiviti gambar bergambar tetap ada di dalam hutan semak..huu..lepas tu kumpul kumpul kat dataran nak buat flying fox and absailing tapi malangnya hujan merembes turun dengan lebatnyaa..aktiviti di tunda pada waktu petang

jam 2.30 start dengan aktiviti flying fox and absailing..dua dua aktiviti ni aku dah pernah buat time sekolah dulu tapi biasa la untuk aku yang gayat tinggi ni cuak tu tetap ada..absailing mungkin boleh consider lagi la sebab 2,3 kali lah jugak penah main kat UUM tapi flying fox takleh nak kata apa dah..abang tu siap cakap "dik, baca doa qunut dulu ye sebelum terjun"..hampeh!

tengah tengah nak terjun sekali lagi hujan lebat bagai nak rak...aktiviti tetap diteruskan..lencun semua orang termasuk aku..lepas da siap lepak lepak sembang dengan pegawai HEP..then kami gerak buat 10 halangan..yang ni lagi satu..pancit aku nak lompat lompat segala..terkangkang dah jalan lepas buat semua halangan..baju toksah cita la kotor gila..haha..lepas tu part yang paling best adalah water confidence + lake crossing..mula mula taknak tapi bila dah masuk masing masing taknak keluar dah!..Kah3..

cuma kayak and berakit je kami tak buat sebab dah agak lewat dengan kami tak solat asar lagi..baju dari atas kepala sampai hujung kaki kotor..memang nak kena salin salin segala..kami suka walaupun penat..so bangun je pagi tadi habis cramp cramp segala..baju yang kotor dah diberus..busuk gila ok!..haha..

so itulah permulaan bagi bulan yang baru menjengah tiba..esok class..pheww..badan penat lagi..mahu sambung cuti boleh?heee:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment