Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Eid Mubarak 2012

Selamat Hari Raya kepada semua rakan taulan. Maaf Zahir dan batin. Ampun maaf dipinta.

Raya kali ini paling best. Dapat bergambar dengan sepupu sepupu. Dah lama takda gambar macam ni. Semua dah besar panjang. Termasuk aku. Tapi yang tak syok nya aku demam di hari raya. Pakej dengan tonsil, selsema, batuk. Takpelah dugaan hidupkan. :)

Baru sampai rumah dari KL jam 11 malam tadi. Its a very long journey. Dengan badan yang tidak larat ku gagahi juga. Takkan nak duduk kl kan. Minggu depan dah balik Sintok. Hehe. Haa Sintok. Talking bout it, aku pergi UUM awal. Berkhidmat untuk UUM. Cheewahh. Haha. Hari tu exsaited nak mampus giler nak balik tapi sekarang keeksaitedtan tuh dah takda. Why? Biar aku je lah yang tahu :)

Tadi dah tido. Ni terjaga balik. Dats why aku tetibe rajin menghapdate blog ni. Kalau tak jangan harap lah nak online. Tido lagi best. Tapi nak buat camne. Bila badan tak sehat mulalah mata buat hal taknak tido. Bukan apa, tak selesa dengan badan yang panas. Nak pasang kipas kuat kuat tak boleh sebab sejuk kaki. Macam macam lah! :(

Bila sakit ni, mula lah terasa nak itu nak ini. And bila apa yang diingini tak dapat mula lah rasa sedih. One thing yang aku sangat harapkan is the attention. Thanx to ummi sebab jaga aku masa sakit and also maklang yang selalu paksa aku minum lots of plain water :) . Aku taktahu lah lepas lepas ni siapa nak jaga aku. Nampaknya jaga diri sendiri je lah. Baru aku faham perasaan ummi hari itu. Ummi tak harap pun kami bawak dia pergi klinik atau apa. Cuma yang diharapkan adalah perhatian. Ya. Perhatian menunjukkan seseorang itu prihatin. Macam mana nak bagi perhatian tu? Dengan cara bertanya keadaan kesihatan dari semasa ke semasa.

And that is what I want. Perhatian. Perhatian yang menunjukkan kita prihatin terhadap orang yang kita sayang. Tak mengharap lebih pun. Aku cukup gembira dan terharu kalau ada yang bertanya "Macam mana? Dah ok?" atau "Makan ubat dah? Minum air banyak banyak". Cukup dengan itu mampu buatkan aku gembira. Ummi! Kita punyai rasa yang sama lah :) . Tapi ayah tak tanya pun khabar diri aku ni. Sedih jugak tapi takpa lah. Mungkin ayah dah doa untuk aku supaya cepat sembuh. :) *positif*

Tapi takpa. Kalau tak nak bagi perhatian secara terang terangan cukuplah dengan doa supaya aku cepat sembuh :) . Cukup lah. Tak larat nak pikir ayat. Selamat Hari Raya :)

# mengharapkan sesuatu tapi hampa. :(


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Acepaizah said...

sedih bunyinya... think positive... positive positive thinking will attracts positive vibes...

Post a Comment