Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Edisi Raya 1

Assalamualaikum..

Seperti biasa bila mata tak nak lelap apa yang aku boleh buat ialah menulis blog. Hahaha. Kita kena isi masa dengan benda yang berfaedah. Jangan buang masa dengan benda benda laghaa. Erkk. Merapu apa ntah!

Umumnya, semua tahu kan aku raya kat KL tahun ni. So in my previous entry aku dah bercerita kan sedikit sebanyak pasal raya. Yang mana raya aku dipenuhi dengan perasaan sakit demam bagai. Ok. Kami lepak kat KL tak lah lama sangat. Dalam 5 hari macam tu la. Gerak balik KL hari khamis lepas sahur pagi pagi buta. Then balik terengganu pulak after zohor on the second day of raya. Raya atas jalan je la kami tahun ni. Hik3.

Raya pertama seperti biasa pergi semayang raya kat Lembah Jaya Ampang. Lembah Jaya ni kampung aku la. Rumah arwah opah and sekarang rumah tu mak long yang duduk. So tiap tiap tahun kalau raya kat KL mesti semayang kat Lembah Jaya. After prayer, kami bermakan makan mengisi perut yang berkeroncong dengan lauk special mak long which is every year pasti ada. Sambal lodeh is my favourite dish ever. Siap mintak resepi taw. And pernah la aku try buat. jadi jugak. Hehehe. Yang lain ada la rendang, udang, lontong, ketupat daun palas and macam macam la.

Lepas makan makan kami sembang sembang bermaaf maafan mengambil gambar and menghulur duit raya kepada mereka yang tak bekerja lagi termasuklah aku. Hekhekhek. Sepupu aku yang sulung memang otak gila gila. Gelakkan aku nombor satu. Haha. Btw sepupu aku kat KL mostly lelaki. Aku ada seorang je sepupu perempuan dan tujuh orang sepupu lelaki. Cool kan!. Haha


*bersama maklang n the only sepupu perempuan - Nur *


*muka kami lagi :) *


*my family *

lepas bergambar kami pun bergerak ke kubur arwah opah aku and tok sedara yang telah meninggal dunia. Kubur terletak kat Taman Kosas. Takda lah jauh sangat tapi sebab jalan sesak penuh kereta so agak memakan masa yang lama lah nak boleh ke sampai kubur. Then lepas doa doa terus gerak ke umah Mak Ngah kat Watan Ampang. Mak ngah ni every year buat open house. So every year jugak lah lunch aku boleh didapati disana. Hehehe. Anak mak ngah semua nya jejaka jejaka. So mereka lah yang bakar bakar ayam, tambah makanan yang dah habis, sambut tetamu and all.


*maklang with her anak anak syala*


*the boys di tempat panggang ayam*


*sepupu sepapat kuhh..*


*bercampur family*

so lepas pergi beraya rumah makngah, kami pun terus balik ke Wangsa Maju. Malam pula gerak pergi rumah Mama. Mama ni tok sedara aku kahwin dengan cina muslim. Laki Mama aku panggil uncle. Selesai je rumah Mama, balik ke rumah masing masing untuk rehat. Hehe. Ini adalah rutin harian setiap tahun kalau raya di KL :)











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eid Mubarak 2012

Selamat Hari Raya kepada semua rakan taulan. Maaf Zahir dan batin. Ampun maaf dipinta.

Raya kali ini paling best. Dapat bergambar dengan sepupu sepupu. Dah lama takda gambar macam ni. Semua dah besar panjang. Termasuk aku. Tapi yang tak syok nya aku demam di hari raya. Pakej dengan tonsil, selsema, batuk. Takpelah dugaan hidupkan. :)

Baru sampai rumah dari KL jam 11 malam tadi. Its a very long journey. Dengan badan yang tidak larat ku gagahi juga. Takkan nak duduk kl kan. Minggu depan dah balik Sintok. Hehe. Haa Sintok. Talking bout it, aku pergi UUM awal. Berkhidmat untuk UUM. Cheewahh. Haha. Hari tu exsaited nak mampus giler nak balik tapi sekarang keeksaitedtan tuh dah takda. Why? Biar aku je lah yang tahu :)

Tadi dah tido. Ni terjaga balik. Dats why aku tetibe rajin menghapdate blog ni. Kalau tak jangan harap lah nak online. Tido lagi best. Tapi nak buat camne. Bila badan tak sehat mulalah mata buat hal taknak tido. Bukan apa, tak selesa dengan badan yang panas. Nak pasang kipas kuat kuat tak boleh sebab sejuk kaki. Macam macam lah! :(

Bila sakit ni, mula lah terasa nak itu nak ini. And bila apa yang diingini tak dapat mula lah rasa sedih. One thing yang aku sangat harapkan is the attention. Thanx to ummi sebab jaga aku masa sakit and also maklang yang selalu paksa aku minum lots of plain water :) . Aku taktahu lah lepas lepas ni siapa nak jaga aku. Nampaknya jaga diri sendiri je lah. Baru aku faham perasaan ummi hari itu. Ummi tak harap pun kami bawak dia pergi klinik atau apa. Cuma yang diharapkan adalah perhatian. Ya. Perhatian menunjukkan seseorang itu prihatin. Macam mana nak bagi perhatian tu? Dengan cara bertanya keadaan kesihatan dari semasa ke semasa.

And that is what I want. Perhatian. Perhatian yang menunjukkan kita prihatin terhadap orang yang kita sayang. Tak mengharap lebih pun. Aku cukup gembira dan terharu kalau ada yang bertanya "Macam mana? Dah ok?" atau "Makan ubat dah? Minum air banyak banyak". Cukup dengan itu mampu buatkan aku gembira. Ummi! Kita punyai rasa yang sama lah :) . Tapi ayah tak tanya pun khabar diri aku ni. Sedih jugak tapi takpa lah. Mungkin ayah dah doa untuk aku supaya cepat sembuh. :) *positif*

Tapi takpa. Kalau tak nak bagi perhatian secara terang terangan cukuplah dengan doa supaya aku cepat sembuh :) . Cukup lah. Tak larat nak pikir ayat. Selamat Hari Raya :)

# mengharapkan sesuatu tapi hampa. :(


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #3


# We joined a camp organised by Counselling Center of UUM. the activities were extremely fun and enjoyable as we could free our mind from assignments and classesss. The activities were kinda adventures i think. Hehe. The most important thing is that we could tighten our friendship bond and we had a very good moments during that time :)  








no caption written for each of the pictures. I'm sure those pictures already gave thousand words for us to describe the things happened behind it :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #2


#Photoshoot with girlfriendsss *Aina, Tiqah, Yati, Erah, Dhila, Erma, and me myself!* . Located at UUM as we never had any pictures there before. We were covered with colourful balloonsss and that was Erah's idea. Creative isn't? Hehe. and yeahh the reason why we had this session because that day was our bestie birthday, Dhila. Happy Belated Birthday! *what a late post bout it..=,=*














#p/s: rugi space betol susun gambar macam ni kan. Maaf lah saya tak pandai menyusun. Hehehe :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #1


# Law Dinner 2012 :)
*like an artist even though we are lawyer to be in just one more year :) *












updating secara malas. Hehe. More pictures are coming with different events but with the same people:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Lagi :)

Assalamualaikum..


ohh bertemu kita sekali lagi di ruangan ini..hehe *lagak macam famous amos* kikiki. Kabare? Sehatkah? Raya tinggal lagi 4 hari ye wahai teman teman sekalian. Sudah prepare kelengkapan raya? Aku tak setel pun lagi kelengkapan raya. Tudung baru nak gi gagau kat atas stesen bas pagi esok kalo ada lagi lahhh. Kasut pakai yang tahun lepas je sebab senang jimat duit jimat masa takyah nak gi cari dah. Hehehe. *ni namanya kedekut*

yang dah betol betol setel nya adalah kuih raya. Yeayy!!! Lastly im done with the baking baking thingy. Pheww. Penat tahu tak!. 2 weeks in a row aku pulun siapkan 5 jenis cookies and 2 jenis cakes. *clapping to my ownself*. Menakjubkan lah bagi aku. Buat sorang sorang ok! Heheh

n u know what, siap je pavlova aku, hand mixer terus menamatkan riwayatnya. Hand mixer aku terjatuh dari meja dan terhempas lah ke lantai. Berkecai isi dalam hand mixer aku sepertimana berkecai nya hatiku sebab aku ada lagi satu jenis cake nak buat untuk bawak balik UUM. Memang kena pi carik barulah ataupun pinjam hand mixer makcik aku je nanti. Or else ada sape sape yang baik hati nak pinjamkan kat aku? Hehehe

This is my second year having my full Ramadhan at home sebab semester start on September. So dah tak merasa la nak iftar dengan member member kat dalam bilik, bersesak sesak pi bazar Changlun. Pagi pagi sahur makan twisties sebab takda makanan dalam bilik. Sedih kan? Tapi itu lah kenangan. At least i do have that chances fasting outside my hometown. Macam perantauan gitteww. Hehehe

Semester 1 & semester 3 je sempat puasa dekat UUM. Penat tu usah dicakap lah. Nak pi kelas pun takda mood. Asyik suruh lecturer habiskan kelas awal je kalo ada kelas yang sampai jam5. Alahh lecturer pon dua kali lima gak dengan kami. Hik3

Ingat lagi berbuka puasa dengan teman teman sahabat karib saya di UUM. Kadang bukak puasa dekat bilik erah dengan yati, tiqah and dila. Kadang kadang dekat bilik aku. Erma dengan aina jarang join kami iftar sebab bilik mereka jauh merentasi blok lain. Hik3. Rindu pulak dengan kenangan tu. Bak kata Tiqah --> "dah takda dah persoalan mengenai tiket bas balik raya dah beli ke belom". Hehe. Betol3. Dulu memang kalut lah nak carik tiket takut balik rumah malam raya. Ohh sadis sungguh kalau itu berlaku pada aku.

Next puasa tak tahu la whether got this chance or not untuk berpuasa full di rumah. Yela tahun depan dah start kerja. Aku rasa Ramadhan kali ini much better for me. Alhamdulillah and i hope next next year will be far more better than this year. Ameen.

terpanjang pulak coretan kali ini. Harap bersabarlah membacanya. Tapi aku rasa takda la yang baca belog aku sebab aku ni blogger underdog yang jarang jarang timbul. I kan pemaluuuu. Auuwwww *blushing*

so last but not least, nak wish raya jugak lah sebab jau dah buat entry pasal wish raya. nak tiru jugak. Huhu. Selama Hari raya kepada semua kenalan sahabat handai yang mengenali diriku. Ampun maaf dipinta. Kalau ada salah silap mohon dimaafkan. Raya jemput lah datang rumah hari sabtu. Hehehe. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

#Random


*YOU inspired me and yes im smiling without reason whenever im thinking about you*


 *

* im trying to be the best person to everyone whom i love most. and im trying really hard not to let down the people around me whom wanna see me success in my life --> family , friends and you :) *


* and yes! this girl is single but not available as she is belong to Allah, her family and him-in-future. InsyaAllah :) *


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS