okeh..debaran kian memuncak.ntah kenapa jantung ini sentiasa berdegup kencang..semacam ada yang tidak kena..aku takut..apa silap aku..apa yang telah aku lakukan..apa yang bakal berlaku pada diri aku ini..ntah..aku sendiri tidak mengerti..jiwa tidak tenteram..tolong..tolong..hentikan debaran aku ini secepat mungkin..tetiba aku merasakan rindu aku kepada keluarga memuncak..rindu pada umi..rindu pada ayah..rindu mereka semua..aku tidak faham apa yang tidak kena..adakah kerana aku ponteng kelas pada hari ini??ooohh..tidak..kelas aku pada pagi ini semunya batal..jadi apakah sebabnya??adakah kerana semester baru telah bermula??
haihh..susah untuk aku fikirkan sebab nya..aku sememangnya takut pada saat ini..namun aku tidak mahu berfikiran negatif..mungkin hanya perasaan aku sahaja..adakah mungkin aku akan menerima khabar buruk?? Nauzubillah..mintak simpang semua tu..aku merasakan aku telah mengecewakan kedua ibu bapa aku..aku sudah tidak tahu,bagaimanakah caranya lagi untuk menggembirakan hati mereka..aku merasakan diri aku ni sebagai satu beban yang terpaksa mereka pikul..aku sudah berusaha sehabis baik dalam segala perkara..namun aku realise yang tidak semua yang aku lakukan mendapat keberkatan daripadaNya..
Monolog Dalaman:
Ya Allah..tolonglah hambamu ini..kuatkanlah hati aku..iman aku sepanjang perjalanan aku di UUM ini..aku cuba namun gagal..aku tahu bahawa aku mempunyai banyak kekurangan..aku telah mencuba sehabis daya untuk mengatasi kekurangan itu..tapi tidak juga berjaya..Ya Allah..apakah salah aku??Kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini..Berikanlah yang terbaik untuk diriku dan juga keluargaku juga..Kau bagilah aku peluang untuk aku buktikan kepada kedua ibu bapa aku bahawa aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain..aku selalu merasakan aku ini seorang yang akan sentiasa gagal dalam segala hal..aku sangat merasa rendah diri dengan ahli keluarga aku yang lain dan juga rakan-rakan aku..Ya Allah..bantulah aku..
BABI
3 years ago
0 comments:
Post a Comment