Lia merupakan seorang pelajar lepasan SPM di sebuah sekolah biasa. Lia adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Bapa Lia seorang guru manakala ibunya merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTA. Lia seorang anak yang menurut kata ibu bapa. tidak pernah sekalipun Lia membantah apa yang diperkatakan oleh ibu bapanya walaupun jauh di sudut hatinya Lia inginkan sesuatu yang baru. ketika menunggu keputusan SPM, Lia bekerja sambilan dengan ibunya sementara mengisi masa yang terluang. dalam masa yang sama Lia juga sedang belajar memandu.
sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar, Lia telah membuat beberapa permohonan bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Lia sangat meminati pelajar Kimia dan juga Matematik Tambahan. justeru Lia telah memilih jurusan kejuruteraan dan juga farmasi untuk diisi didalam permohonan UPU online. namun, Lia juga mengisi borang permohonan Maktab Perguruan dek kerana bapanya terlalu inginkan anaknya itu menurut jejak langkahnya menjadi seorang pendidik walaupun jauh disudut hati Lia dia tidak meminati profesyen itu. namun disebabkan sikapnya yang taat pada perintah ibu bapanya, diisikan jua borang itu. permohonan matrikulasi juga diisi. setelah keputusan telah keluar, keputusan yang diterima oleh Lia tidaklah begitu memberangsangkan seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya. Lia hanya mampu mendapat 5A 5B 2C dalam SPM. Lia merasakan dirinya terlalu bodoh dan telah menghampakan harapan kedua orang tuanya. setelah beberapa minggu, keputusan permohonan yang diminta telah pun keluar. Lia berjaya menempatkan diri di Matrikulasi Melaka dan juga Asasi Undang-undang UiTM shah Alam. Lia juga mendapat panggilan interview bagi maktab perguruan dalam bidang Tesl. oleh kerana Lia teramat tidak mencintai profesyen perguruan, ketika interview dijalankan, Lia buat acuh tak acuh dengan segala soalan yang diajukan kepadanya. jadi, Lia gagal menempatkan diri di maktab perguruan. sekarang tinggal hanya dua pilihan sahaja lagi samada matrik atau pun asasi. dan sudah tentu pilihan Lia adalah asasi kerana Lia tahu dia tidak mampu untuk survive di sc stream. keputusan yang dibuat oleh Lia telah disokong padu oleh ibunya namun sedikit dibangkang oleh bapanya. namun begitu buat pertama kalinya Lia tidak mengikut perintah yang dibuat oleh bapanya. akhirnya selamat lah Lia di Asasi Undang-undang UiTM.
setahun berlalu, segala suka dan duka telah ditempuhi oleh Lia sepanjang pengajiannya di UiTM shah alam.Lia mendapat ramai kenalan baru. banyak pengalaman yang diterima oleh Lia yang telah mematangkan usianya. di UitM, Lia berkenalan dengan seorang jejaka. Faiz namanya. Lia dan Faiz merupakan sahabat yang sangat akrab dan ibarat belangkas. kemana sahaja pasti berdua sehinggakan menimbulkan pertanyaan dalam kalangan rakan-rakan mereka. mereka berpendapat Lia dan Faiz telah berpacaran namun hakikatnya tiada apa-apa yang berlaku antara mereka sekadar rakan biasa. namun jauh di lubuk hati Lia sukakan Faiz dan Faiz juga sukakan Lia. tapi tiada siapa antara mereka yang berani untuk menyuarakan hasrat hati yang terpendam. sehinggalah tamat pengajian setahun di Asasi masih tiada sebarang pengakuan yang dilakukan. pada Lia, masakan perigi mencari timba. akhirnya mereka terpisah dek kerana masing-masing mendapat tempat di universiti yang berbeza bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian. Faiz berjaya mendapat tempat di Universiti malaya manakala Lia sekadar mampu untuk pergi ke Universiti Sultan Zainal Abidin. begitu jauh mereka terpisah.
apakah yang akan berlaku kepada perhubungan Lia dan Faiz? nantikan sambungannya..:D
0 comments:
Post a Comment