Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

kahwin

kahwin..apa makna kahwin sebenarnya??kahwin mengikut ilmu pengetahuan yang aku ada adalah penyatuan dua hati dalam satu majlis serta menghalalkan hubungan dua orang yang bukan muhrim..woow..entah betol entah tidak maksud aku ni..alaa..korang pun mesti tahu kan..tak pun nanti gugah ye maksud kahwin anak anak..


sekarang ni agaknya musim kahwin la kot..sana sini orang duk cakap pasal kahwin..pasal tunang..kenapa yer??boleh dikatakan selalu lah aku dengar berita orang kahwin atau tunang ni..for example, hari ni ada dua orang yang baru akad nikah which is seorang adalah sepupu erah yang dipanggil sebagai Epah @ Darah Mata (nama facebook) and lagi seorang adalah senior aku, Abang Paan yang dulunya Mantan MPP dan sekarang ni kerja dengan UUM di bahagian Cancelori..and seterusnya hari sabtu ni classmate aku punya kenduri kahwin iaitu Widyaevasari..widya ni lagi advance dari semua orang..dia kahwin masa awal bulan 4 lagi time kitorang cuti midsem..yang hari sabtu ni kiranya majlis belah lelaki la pulak...and also last friday kak badiah pun dah selamat kahwin setelah 10 tahun bercinta..perghhh..

perghhh..everybody talks about marriage..including me myself..erkk..hahaha..*gatai* bukan cakap apa..yela..kahwin is an exciting thing i guess..haha..tapi of course there's lot of burden and responsibilities that need to be carried out..bagi yang dah couple memang sememangnya kahwin akan menjadi one of their wishlist..bile nak jadi tak tahu la tapi letak lam wishlist jela yang mampu..hehe

ramai yang bertanya, kenapa perlu kahwin masa tengah belajar??kenapa tak tunggu kerja dulu??actually its depend on that person..if they think that they can balance their time between marriage and study, then go ahead..at least dapat mengelakkan sebarang perlakuan berunsur zina berlaku..kan kan kan..am right people??

bagi aku pulak, aku nak la kerja dulu..ada gaji sendiri, kereta sendiri baru nak kahwin..memang nak kahwin awal tapi bila fikirkan tentang tanggungjawab aku as anak sulung dalam keluarga, rasanya baik aku berbakti pada keluarga aku dulu..sebagai membalas jasa mereka..mungkin nak ikat pertunangan awal aku takda masalah lah..tunang je pun..hehe..kos tunang taklah sebanyak and setinggi kos kahwin..

aku kalo boleh nak la jugak menyumbangkan sedikit duit untuk perkahwinan aku nanti..taknak la biar pihak lelaki je yang tanggung..and kalo boleh aku taknak bebankan ummi n ayah aku tentang perihal belanjawan perkahwinan aku nanti..yela..takkan la kahwin pon mak ayah nak support..huhu..tapi aku tak nak bebankan bakal suami aku nanti untuk urusan majlis kahwin..oopsss..terlebih pulak..but its reality guyss..:)

tunang awal tak libatkan kos yang banyak and aku ni jenis yang simple simple..tak perlu nak buat majlis grand grand..yela..tunang je kot..simple mimple sudah..asalkan berkat yang kita nak..sama jugak la dengan kahwin..aku bukannya artis nak buat majlis besar besar..hahaha..

so bagi sape sape yang terfikir nak tunang or kahwin awal, silalah fikir masak masak dulu..fikirkan keluarga dulu..sudah cukup ke bakti kita terhadap mereka (ibu bapa)..cukup dah ke jasa mereka kita balas..family comes first..kalo jodoh pasti tak kemana..:)

p/s: awak...datanglah rumah kite kalo sudi ye..hikhikhik:D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment