rakan-rakan..kali neyh nak bercerita..xtaw la kan citer neyh benar ataw tidak..got diz story from my fren..at Unicafe UUM..hehehe..
terdapat satu orang lelaki ini..beliau bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat..pada suatu hari beliau ke cafe untuk minum..beliau keluar bersama dengan rakan-rakannya..disana, beliau terserempak dengan seorang perempuan dan secara kebetulan mereka menuju ke tempat yang sama iaitu ke kaunter minuman..self service..lelaki itu membancuh la secawan teh..beliau terpandangkan wajah perempuan di sebelahnya dan terus tertarik hati..tanpa disedari, beliau telah memasukkan garam ke dalam minuman itu..perempuan itu perasan akan keadaan itu segera menegur
"eh saudara..itu garam..bukan gula."
"ooo..saya memang minum teh dengan garam"..
lelaki itu sebenarnya sangat malu pada saat itu..namun beliau cover macho la pada masa itu..ini kerana ingin menjaga market depan perempuan itu..bermula pada saat itulah lelaki itu berkenalan dengan perempuan itu sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin...sepanjang kehidupan mereka, perempuan itu akan menyediakan teh yang dikacau dengan garam..ini kerana pada fikiran perempuan itu, lelaki itu memang menggemari minuman itu walaupun pada hakikatnya adalah tidak..
selama 10 tahun mereka tinggal bersama..dan selama 10 tahun itu jugaklah perempuan itu menyediakan minuman teh yang dicampur dengan garam..namun lelaki itu tidak pernah membantah...dihadapan perempuan itu, lelaki itu berlagak seperti dia menyukai minuman itu..setelah 10 tahun hidup bersama, ajal lelaki itu telah tiba. lelaki itu telah meninggal akibat lemah jantung...
setelah lelaki itu meninggal, ketika sedang mengemas rumah..tetibe perempuan itu terjumpa akan surat-surat peribadi milik arwah lelaki itu..salah satu surat itu berbunyi...
"sebenarnya aku tidak meminum minuman teh yang dikacua dengan gula..namun dek kerana terlalu sayang dan cinta akan isteriku, aku sanggup menerima apa sahaja yang dihidangkan oleh osteriku..ini kerana apa yang dihidangkan oleh isteriku adalah hidangan paling enak yang pernah aku rasai.."
setelah membaca surat itu..perempuan itu menangis tidak henti-henti mengenangkan betapa dalamannya cinta arwah lelaki itu terhadap dirinya..selepas saat itu, jika ditanya apakah rasa teh dicampur dengan garam, perempuan itu dengan dengan bangganya akan menjawab..
"rasanya adalah sangat manis dan enak..ia merupakan minuman paling lazat yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya..ia merupakan kenangan terindah bersama dengan arwah suaminya"
moral of da story....disini dapat kita lihat betapa hebat dan dalamannya cinta lelaki itu terhadap perempuan itu..sehinggakan sanggup beliau minum minuman itu walaupun tidak menyukainya..
marilah kita sama-sama renung dan beramal bersama-sama...cintailah seseorang itu dengan ikhlas dan jujur..kerana disitulah kebahagiaan akan tercipta dan berada di landasan keredhaan Allah..amiinn...:))
0 comments:
Post a Comment