Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Edisi Raya 1

Assalamualaikum..

Seperti biasa bila mata tak nak lelap apa yang aku boleh buat ialah menulis blog. Hahaha. Kita kena isi masa dengan benda yang berfaedah. Jangan buang masa dengan benda benda laghaa. Erkk. Merapu apa ntah!

Umumnya, semua tahu kan aku raya kat KL tahun ni. So in my previous entry aku dah bercerita kan sedikit sebanyak pasal raya. Yang mana raya aku dipenuhi dengan perasaan sakit demam bagai. Ok. Kami lepak kat KL tak lah lama sangat. Dalam 5 hari macam tu la. Gerak balik KL hari khamis lepas sahur pagi pagi buta. Then balik terengganu pulak after zohor on the second day of raya. Raya atas jalan je la kami tahun ni. Hik3.

Raya pertama seperti biasa pergi semayang raya kat Lembah Jaya Ampang. Lembah Jaya ni kampung aku la. Rumah arwah opah and sekarang rumah tu mak long yang duduk. So tiap tiap tahun kalau raya kat KL mesti semayang kat Lembah Jaya. After prayer, kami bermakan makan mengisi perut yang berkeroncong dengan lauk special mak long which is every year pasti ada. Sambal lodeh is my favourite dish ever. Siap mintak resepi taw. And pernah la aku try buat. jadi jugak. Hehehe. Yang lain ada la rendang, udang, lontong, ketupat daun palas and macam macam la.

Lepas makan makan kami sembang sembang bermaaf maafan mengambil gambar and menghulur duit raya kepada mereka yang tak bekerja lagi termasuklah aku. Hekhekhek. Sepupu aku yang sulung memang otak gila gila. Gelakkan aku nombor satu. Haha. Btw sepupu aku kat KL mostly lelaki. Aku ada seorang je sepupu perempuan dan tujuh orang sepupu lelaki. Cool kan!. Haha


*bersama maklang n the only sepupu perempuan - Nur *


*muka kami lagi :) *


*my family *

lepas bergambar kami pun bergerak ke kubur arwah opah aku and tok sedara yang telah meninggal dunia. Kubur terletak kat Taman Kosas. Takda lah jauh sangat tapi sebab jalan sesak penuh kereta so agak memakan masa yang lama lah nak boleh ke sampai kubur. Then lepas doa doa terus gerak ke umah Mak Ngah kat Watan Ampang. Mak ngah ni every year buat open house. So every year jugak lah lunch aku boleh didapati disana. Hehehe. Anak mak ngah semua nya jejaka jejaka. So mereka lah yang bakar bakar ayam, tambah makanan yang dah habis, sambut tetamu and all.


*maklang with her anak anak syala*


*the boys di tempat panggang ayam*


*sepupu sepapat kuhh..*


*bercampur family*

so lepas pergi beraya rumah makngah, kami pun terus balik ke Wangsa Maju. Malam pula gerak pergi rumah Mama. Mama ni tok sedara aku kahwin dengan cina muslim. Laki Mama aku panggil uncle. Selesai je rumah Mama, balik ke rumah masing masing untuk rehat. Hehe. Ini adalah rutin harian setiap tahun kalau raya di KL :)











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Acepaizah said...

selamat hari raya... cantik photos semua... btw if yu develop photos tu, cuci untuk maklang sekali, kat camera maklang macam tak cantik... or is this Yu copy from mine camera? ha ha..

Post a Comment