Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Ajal Maut d Tangan Tuhan^^

Kita hanya mampu merancang..Tuhan yang menentukannya..ajal maut sememangnya kuasa Allah Yang Maha Esa..tanpa mengenal usia..pangkat..masa..bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambil nyawa kita..tanpa kita duga..bilakah masanya??kita hanya insan yang lemah..tidak mampu untuk berfikir sehingga ke tahap itu..hanya Dia Yang Maha Mengetahui..selagi kita masih hidup, berbuat lah baik dalam segala hal..pintu taubat masih terbuka untuk kita meminta pengampunan..

kenapakah aku menulis ayat diatas..ini kerana satu kejadian telah berlaku di kolej kediaman aku..aku sangat terkejut sehingga sekarang ini..

alkisahnya..budak itu dikatakan telah dirasuk oleh makhluk lain..wallahualam..dikatakan juga budak ini telah terjun ke dalam gaung di tepi blok nyer dan usaha menyelamatkannya mengambil masa yang agak lama kerana budak ini bersikap agak agresif..ramai pelajar yang datang membantu bersama dengan staf-staf,pengawal UK, dan yang lain-lain..tahniah diucapkan kepada mereka semua atas kesanggupan menolong sahabat kita yang berada didalam kesusahan.pelajar berkenaan dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans. ketika itu pelajar itu masih meronta-ronta..mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, makhluk yang berada di dalam badan adalah islam.wallahualam..

kami penduduk kachi @ bank rakyat menyangka kan keadaan beliau telah pulih..namun selepas isya', kami digemparkan dengan satu announcement yang mengejutkan..berita kematian pelajar berkenan kedengaran sana sini..kami tidak menyangka kesudahan pelajar itu adalah begini..kami sangat-sangat terkejut..namun apakan daya..ajal maut di tangan Tuhan..tiada sesiapa yang mampu menahannya walau untuk seminit..

pengajaran yang kami dapat adalah..maut adalah kuasa Tuhan..nadi kita akan berhenti tepat pada masa yang telah ditetapkan.ia tidak akan awal atau lewat walau untuk seminit pun. jadi..kepada rakan-rakan diluar sana.marilah kita sama-sama berpesan dan saling mengingati antara satu sama lain mengenai kematian..dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

monolog dalaman: sangat sedih mendengarkan tentang berita ini..baru sahaja kejap tadi anur gitaw kat blok dye ade budak kena histeria..astaghfirullah..dugaan daripada Allah SWT..renung-renungkan..dan selamat beramal..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment