Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Menu di Petang Hari^_^

salam rakan-rakan...hai3..tengah buat apa petang petang yang indah lagi permai seperti ini??huhu..enjoyy the dayy my friends!!..=)


okeyy..last entry ary tu men masak2 PUDING KARAMEL..best sangat!..licin..huhu..korang dah try belum??kalau belum cepat-cepat la try ye..sesuai untuk hidangan di waktu petang..ngeee~so as usual, di petang hari ini, aku pun godek-godek bahan dalam fridge..then cukup bahan untuk buat POPIA GORENG!..yeahhh..mulakan aktiviti memasak..yuhhuu..

bahan-bahan:
(INTI)
secubit garam
3 sudu besar ayam cincang
mixed vegetables (sukatan nya ikut pada masing-masing)
taugeh (nak letak pon ok, taknak pun takpe)
minyak masak
1 ulas bawang merah (mayangkan)
1 ulas bawang putih (mayangkan)

-mula-mula, panaskan kuali + minyak...then tumiskan bawang yang telah di mayang tadi sehingga naik bau wangi..
-kemudian masukkan ayam cincang..masukkan secubit garam secukup rasa
-then, masukkan segala jenis sayuran yang ingin diletakkan..mixed vegetables + taugeh!
-kacau sehingga bahan-bahan tadi masak dan sebati..then tutup api..letakkan dalam satu bekas..sejukkan seketika..

(KULIT POPIA)
kulit popia segera
1 biji telur (dipukul-untuk dijadikan sebagai gam)

-cerakinkan kulit popia segera itu tadi menjadi sehelai-sehelai..buat dengan penuh berhati-hati..takut koyak..hehe
-kemudian, letakkan se sudu inti yang telah digoreng tadi ke atas kulit popia..ikut anggaran masing-masing..
-sapukan telur d penghujung kulit popia ketika menggulung..
-gulung kulit popia bersama inti itu..gulung kemas-kemas..jangan bagi lerai..
-ulang step ini sehingga inti tadi habis digunakan..
-then panaskan kuali+minyak masak..gorengkan popia yang siap digulung tadi sehingga berwarna kuning kekuningan..jangan sampai hangit pulak..nanti tak sedap!..hehehe..
-then..letak dalam pinggan..sedia untuk dimakan!..selamat menjamu selera di petang hari!..=)

hasilnya..:


yeahhh!!..senang sajaaa..mesti korang pon terer masak kann..aku bukan apa..lama-lama duk umah memang regedik-gedik nak menghabiskan stok bahan masakan mak aku kat dapur tuh..takpa..bukan guna duit aku pun..lagipun untuk mak bapak aku jugak yang nak makan kan!!..hahahaha..k choww dulu..amek adeq taekwando..aku kakak yang baek yee..hahaha..!!!..daa~=)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment