Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Edisi Raya 1

Assalamualaikum..

Seperti biasa bila mata tak nak lelap apa yang aku boleh buat ialah menulis blog. Hahaha. Kita kena isi masa dengan benda yang berfaedah. Jangan buang masa dengan benda benda laghaa. Erkk. Merapu apa ntah!

Umumnya, semua tahu kan aku raya kat KL tahun ni. So in my previous entry aku dah bercerita kan sedikit sebanyak pasal raya. Yang mana raya aku dipenuhi dengan perasaan sakit demam bagai. Ok. Kami lepak kat KL tak lah lama sangat. Dalam 5 hari macam tu la. Gerak balik KL hari khamis lepas sahur pagi pagi buta. Then balik terengganu pulak after zohor on the second day of raya. Raya atas jalan je la kami tahun ni. Hik3.

Raya pertama seperti biasa pergi semayang raya kat Lembah Jaya Ampang. Lembah Jaya ni kampung aku la. Rumah arwah opah and sekarang rumah tu mak long yang duduk. So tiap tiap tahun kalau raya kat KL mesti semayang kat Lembah Jaya. After prayer, kami bermakan makan mengisi perut yang berkeroncong dengan lauk special mak long which is every year pasti ada. Sambal lodeh is my favourite dish ever. Siap mintak resepi taw. And pernah la aku try buat. jadi jugak. Hehehe. Yang lain ada la rendang, udang, lontong, ketupat daun palas and macam macam la.

Lepas makan makan kami sembang sembang bermaaf maafan mengambil gambar and menghulur duit raya kepada mereka yang tak bekerja lagi termasuklah aku. Hekhekhek. Sepupu aku yang sulung memang otak gila gila. Gelakkan aku nombor satu. Haha. Btw sepupu aku kat KL mostly lelaki. Aku ada seorang je sepupu perempuan dan tujuh orang sepupu lelaki. Cool kan!. Haha


*bersama maklang n the only sepupu perempuan - Nur *


*muka kami lagi :) *


*my family *

lepas bergambar kami pun bergerak ke kubur arwah opah aku and tok sedara yang telah meninggal dunia. Kubur terletak kat Taman Kosas. Takda lah jauh sangat tapi sebab jalan sesak penuh kereta so agak memakan masa yang lama lah nak boleh ke sampai kubur. Then lepas doa doa terus gerak ke umah Mak Ngah kat Watan Ampang. Mak ngah ni every year buat open house. So every year jugak lah lunch aku boleh didapati disana. Hehehe. Anak mak ngah semua nya jejaka jejaka. So mereka lah yang bakar bakar ayam, tambah makanan yang dah habis, sambut tetamu and all.


*maklang with her anak anak syala*


*the boys di tempat panggang ayam*


*sepupu sepapat kuhh..*


*bercampur family*

so lepas pergi beraya rumah makngah, kami pun terus balik ke Wangsa Maju. Malam pula gerak pergi rumah Mama. Mama ni tok sedara aku kahwin dengan cina muslim. Laki Mama aku panggil uncle. Selesai je rumah Mama, balik ke rumah masing masing untuk rehat. Hehe. Ini adalah rutin harian setiap tahun kalau raya di KL :)











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eid Mubarak 2012

Selamat Hari Raya kepada semua rakan taulan. Maaf Zahir dan batin. Ampun maaf dipinta.

Raya kali ini paling best. Dapat bergambar dengan sepupu sepupu. Dah lama takda gambar macam ni. Semua dah besar panjang. Termasuk aku. Tapi yang tak syok nya aku demam di hari raya. Pakej dengan tonsil, selsema, batuk. Takpelah dugaan hidupkan. :)

Baru sampai rumah dari KL jam 11 malam tadi. Its a very long journey. Dengan badan yang tidak larat ku gagahi juga. Takkan nak duduk kl kan. Minggu depan dah balik Sintok. Hehe. Haa Sintok. Talking bout it, aku pergi UUM awal. Berkhidmat untuk UUM. Cheewahh. Haha. Hari tu exsaited nak mampus giler nak balik tapi sekarang keeksaitedtan tuh dah takda. Why? Biar aku je lah yang tahu :)

Tadi dah tido. Ni terjaga balik. Dats why aku tetibe rajin menghapdate blog ni. Kalau tak jangan harap lah nak online. Tido lagi best. Tapi nak buat camne. Bila badan tak sehat mulalah mata buat hal taknak tido. Bukan apa, tak selesa dengan badan yang panas. Nak pasang kipas kuat kuat tak boleh sebab sejuk kaki. Macam macam lah! :(

Bila sakit ni, mula lah terasa nak itu nak ini. And bila apa yang diingini tak dapat mula lah rasa sedih. One thing yang aku sangat harapkan is the attention. Thanx to ummi sebab jaga aku masa sakit and also maklang yang selalu paksa aku minum lots of plain water :) . Aku taktahu lah lepas lepas ni siapa nak jaga aku. Nampaknya jaga diri sendiri je lah. Baru aku faham perasaan ummi hari itu. Ummi tak harap pun kami bawak dia pergi klinik atau apa. Cuma yang diharapkan adalah perhatian. Ya. Perhatian menunjukkan seseorang itu prihatin. Macam mana nak bagi perhatian tu? Dengan cara bertanya keadaan kesihatan dari semasa ke semasa.

And that is what I want. Perhatian. Perhatian yang menunjukkan kita prihatin terhadap orang yang kita sayang. Tak mengharap lebih pun. Aku cukup gembira dan terharu kalau ada yang bertanya "Macam mana? Dah ok?" atau "Makan ubat dah? Minum air banyak banyak". Cukup dengan itu mampu buatkan aku gembira. Ummi! Kita punyai rasa yang sama lah :) . Tapi ayah tak tanya pun khabar diri aku ni. Sedih jugak tapi takpa lah. Mungkin ayah dah doa untuk aku supaya cepat sembuh. :) *positif*

Tapi takpa. Kalau tak nak bagi perhatian secara terang terangan cukuplah dengan doa supaya aku cepat sembuh :) . Cukup lah. Tak larat nak pikir ayat. Selamat Hari Raya :)

# mengharapkan sesuatu tapi hampa. :(


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #3


# We joined a camp organised by Counselling Center of UUM. the activities were extremely fun and enjoyable as we could free our mind from assignments and classesss. The activities were kinda adventures i think. Hehe. The most important thing is that we could tighten our friendship bond and we had a very good moments during that time :)  








no caption written for each of the pictures. I'm sure those pictures already gave thousand words for us to describe the things happened behind it :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #2


#Photoshoot with girlfriendsss *Aina, Tiqah, Yati, Erah, Dhila, Erma, and me myself!* . Located at UUM as we never had any pictures there before. We were covered with colourful balloonsss and that was Erah's idea. Creative isn't? Hehe. and yeahh the reason why we had this session because that day was our bestie birthday, Dhila. Happy Belated Birthday! *what a late post bout it..=,=*














#p/s: rugi space betol susun gambar macam ni kan. Maaf lah saya tak pandai menyusun. Hehehe :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wordless update #1


# Law Dinner 2012 :)
*like an artist even though we are lawyer to be in just one more year :) *












updating secara malas. Hehe. More pictures are coming with different events but with the same people:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Lagi :)

Assalamualaikum..


ohh bertemu kita sekali lagi di ruangan ini..hehe *lagak macam famous amos* kikiki. Kabare? Sehatkah? Raya tinggal lagi 4 hari ye wahai teman teman sekalian. Sudah prepare kelengkapan raya? Aku tak setel pun lagi kelengkapan raya. Tudung baru nak gi gagau kat atas stesen bas pagi esok kalo ada lagi lahhh. Kasut pakai yang tahun lepas je sebab senang jimat duit jimat masa takyah nak gi cari dah. Hehehe. *ni namanya kedekut*

yang dah betol betol setel nya adalah kuih raya. Yeayy!!! Lastly im done with the baking baking thingy. Pheww. Penat tahu tak!. 2 weeks in a row aku pulun siapkan 5 jenis cookies and 2 jenis cakes. *clapping to my ownself*. Menakjubkan lah bagi aku. Buat sorang sorang ok! Heheh

n u know what, siap je pavlova aku, hand mixer terus menamatkan riwayatnya. Hand mixer aku terjatuh dari meja dan terhempas lah ke lantai. Berkecai isi dalam hand mixer aku sepertimana berkecai nya hatiku sebab aku ada lagi satu jenis cake nak buat untuk bawak balik UUM. Memang kena pi carik barulah ataupun pinjam hand mixer makcik aku je nanti. Or else ada sape sape yang baik hati nak pinjamkan kat aku? Hehehe

This is my second year having my full Ramadhan at home sebab semester start on September. So dah tak merasa la nak iftar dengan member member kat dalam bilik, bersesak sesak pi bazar Changlun. Pagi pagi sahur makan twisties sebab takda makanan dalam bilik. Sedih kan? Tapi itu lah kenangan. At least i do have that chances fasting outside my hometown. Macam perantauan gitteww. Hehehe

Semester 1 & semester 3 je sempat puasa dekat UUM. Penat tu usah dicakap lah. Nak pi kelas pun takda mood. Asyik suruh lecturer habiskan kelas awal je kalo ada kelas yang sampai jam5. Alahh lecturer pon dua kali lima gak dengan kami. Hik3

Ingat lagi berbuka puasa dengan teman teman sahabat karib saya di UUM. Kadang bukak puasa dekat bilik erah dengan yati, tiqah and dila. Kadang kadang dekat bilik aku. Erma dengan aina jarang join kami iftar sebab bilik mereka jauh merentasi blok lain. Hik3. Rindu pulak dengan kenangan tu. Bak kata Tiqah --> "dah takda dah persoalan mengenai tiket bas balik raya dah beli ke belom". Hehe. Betol3. Dulu memang kalut lah nak carik tiket takut balik rumah malam raya. Ohh sadis sungguh kalau itu berlaku pada aku.

Next puasa tak tahu la whether got this chance or not untuk berpuasa full di rumah. Yela tahun depan dah start kerja. Aku rasa Ramadhan kali ini much better for me. Alhamdulillah and i hope next next year will be far more better than this year. Ameen.

terpanjang pulak coretan kali ini. Harap bersabarlah membacanya. Tapi aku rasa takda la yang baca belog aku sebab aku ni blogger underdog yang jarang jarang timbul. I kan pemaluuuu. Auuwwww *blushing*

so last but not least, nak wish raya jugak lah sebab jau dah buat entry pasal wish raya. nak tiru jugak. Huhu. Selama Hari raya kepada semua kenalan sahabat handai yang mengenali diriku. Ampun maaf dipinta. Kalau ada salah silap mohon dimaafkan. Raya jemput lah datang rumah hari sabtu. Hehehe. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

#Random


*YOU inspired me and yes im smiling without reason whenever im thinking about you*


 *

* im trying to be the best person to everyone whom i love most. and im trying really hard not to let down the people around me whom wanna see me success in my life --> family , friends and you :) *


* and yes! this girl is single but not available as she is belong to Allah, her family and him-in-future. InsyaAllah :) *


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa ke-25

Assalamualaikum...


hye readers...ohh lama tak update..selamat berpuasa semua. Sekarang dah masuk hari yang ke-25 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi raya bakal menjelang. Pasti semua dah prepare baju raya bagai kan. Bagus2 :)

Aku pulak baju raya dah tempah and dah siap diambil. Tapi malang nya aku hantar tiga pasang untuk jahit alih alih yang dapat balik kat aku hanyalah dua pasang!. Grrr. Membara tahu tak! Dah lah yang tak siap tu baju yang paling aku tunggu. Grey Metallic..arghhh steress rasa macam nak terjun katil je..hantar bukan main awal lagi kat tailor tuh tapi tak siap siap jugak. Ohh sabar najmi sabar..

hurm put aside pasal baju raya kau yang tak siap. Bengang tak habis lagi nih. ok. Sekarang ni tinggal lagi seminggu sebelum raya. aku dah start lah buat kuih raya biskut raya. Aku macam terlebih rajin pulak sejak dua menjak duduk kat umah ni. Rajin memasak. Haha. Biasalah preparation sebelum kahwin. Hahaha *pangg*

setakat ni aku berjaya menyiapkan 4 jenis biskut raya --> Biskut Sarang Semut, Biskut Mazola (his favourite), Cornflake Madu and Chocolate Chip Cookies. and aku bakal buat lagi 3 jenis iaitu --> Cornflake / Coco Crunch Chocolate, Moist Chocolate Cake and also Pavlova. See! Rajin kan aku..heee *malu*

hari tu aku buat chicken foldover / chicken pocket ala ala KFC gittee then aku post kat facebook. Then Jauha comment dat "untunglah sapa jadi tok laki aku"..haha..yes jauha. He is so lucky to have me as his soulmate partner and also as his cook.. Hahaha. Who is he? Lets it remain secret. :)

sambil sambil buat kuih aku jugak sedang bekerja dengan my mommy as her Research Assistant. Dapat gaji oooo!.. Sape yang tak nak kan buat keje kat rumah depan tv then bila kerja siap u will be paid about RM1500. oohhh harus lah aku suka! $$$..haha

dah plan macam macam nak shopping apa with dat money. And he asked for duit raya. Haha. Balas balik la tu kann. Takpe nanti kita cari sandal ehh with the budget below RM100. Hehehe..ahhaa YOU dun forget my duit raya..i wanna it in cash not in item. Hehehe..;p

tapi kerja nya belom beres aku dah berangan angan nak dapat gaji. Alahaii najmi najmi. oohh dah lewat harus tido sekarang. Esok nak sahur. Selamat Malam kawan kawan. Selamat bersahur :)

*p/s: dikhabarkan bahawa sekiranya puasa jatuh pada hari sabtu maka Malam Lailatul Qadar akan tiba pada puasa yang ke-23. Wallahualam. Pecutan terakhir untuk beribadah :)*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

holiday yawww..

ohh haiii...im at home now!...hoyeahhh *chicken dance*....tapi tak sampai seminggu pun lagi duk kat rumah ni..


right after pulang dari Langkawi, i took only one day to pack all my things and throw into the store..hewhewhew...banyak hokkeyyy barang gue...penat hangkut kotak kotak buku beg beg baju..nasib baik balik awal..tak payah nak berebut ruang dalam stor..ngeheheheeee..

so now im home...being a babysitter to my two little brothers because my parents now in Vienna, Austria..having their second honeymoon...hehehe..actually my mom need to present her research paper at Czech Republic..so sambil menyelam minum air bapak gue follow sekali..hik3..

being a babysitter i feel like mother mother..hahaha..can you imagine..i need to wake up at 6am..make breakfast to my brothers, then sent them to school...afternoon, make their lunch, pick them up from school and send to the tuition and the schedule goes on..phewww...

that's the beginning of my holiday..daaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First paper done!

alhamdulillah...my first paper dah lepas..international trade law..boleh jawab ke tidak? ntah la..macam tu laa..tapi serious sempoi giler lecturer aku mengajar..dia dah bagi siap siap 5 soalan final exam..pastu pilih 4 soalan je untuk jawab...dah la dalam kertas soalan tadi memang ada 4 soalan je..tetibe dia p amek marker pen then tulis soalan no.5 kat whiteboard and cakap there is missing question..haha..lawak giler..dah la final kitorang 20% je..korang ada???mampu dapat lecturer New York cenggini??hahaha..

first time jawab paper law takda case takda akta..sampai rumate aku pun pelik tengok aku macam relax je belaja..bile aku cakap takda case dengan akta untuk dihafal..dia pun cakap patut la senang hati je lagaknya..hahaha...kurengg asam gelugor jugak rumate aku nih...

so my first paper is done..but still i have 5 more papers to go..yeahh chaiyok3!..next paper gonna be on this coming sunday..tomorrow is my off day..hoyeaahhh..tak sabar nak habeskan paper exam..sebab nak balik bercuti pulak lepas ni.. *chicken dance*

petang ni nak mengekor rumate aku p tutti frutti kat jitra..baru bukak la uollsss...50% discount..jummm serbu!..haha..aku makan je apa yang ada..tutti frutti ke baskin robin ke cool blog ke..semua sedap..tapi haruslah aku akan pilih yang murahh sebab aku ni tak berharta duit takdak nak beli makanan mahal mahal..tak mampu taw..hukhukhuk..

nak tido tapi mata tak ngantuk lagi..paham dah dengan mata aku ni..tyme tyme aku nak kena pulun study mula lah mata ni nak mengkuyu tapi bila aku nak tido memang tidak la mata ni nak pejam..haihh degil sungguh mata ni..sama la macam tuan dia..hikhokhikhok...

so guysss..aku dah habis satu paper...walaupun start paper awal tapi kami habis awal exam nanti..sila jangan jeles dengan kami hokeyy..hehehe..tapi still aku jeles dengan member member aku yang dah final year..sumpah jeles!..sobssT_T..

adioss aminggossss...:D :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nukilan di tengah malam:)

aku tak boleh nak tido..esok ada class pagi...mesti effect dari nescafe mocha yang aku minum petang tadi...dengan hati aku tetibe rasa sangat resah gelisah..tetibe aku rindu Allah..aku rindu nak mengaji..tapi aku tak boleh...hurmmm..

bukak facebook..tetibe ternampak satu post member..aku sangat terasa..terus aku jadi takut..Ya Allah..tetapkanlah hati aku ni..

"Sebelum mempunyai calon, sejadah menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam.


Bila sudah mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi lakonan. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam.


Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai ujian, bukan jodoh yang ditetapkan. Allah mahu melihat sejauh mana engkau punya keimanan. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan"

aku sangat berharap ianya bukan ujian untuk menguji sejauh mana keimanan ku terhadap-Mu Ya Allah.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

meroyan di tengahari

hari ni hari isnin..okehh..ini bermaksud dan bermakna aku hanya ada lebih kurang tiga hari lagi sebelum final exam..ohmaiiii...final exam kali ke-6 tapi bukan yang terakhir ye..aku ada setahun lagi taw..SETAHUN!..=,="

aku yang sememangnya dasar pemalas ni memanglah malas nak baca buku..nak buat nota apatah lagi..hewhewhew..*patutla dia tak in favor aku sebab aku malas*

laptop aku terpasang since subuh tadi..pasang era pagi pagi buta and nanti malam nak tido baru aku tutup..perghh..macam orang kaya kann..takpe.bukan aku pun yang bayar letrik..UUM kan kaya..duit banyak..huhu

aku bosan walaupun banyak benda nak kena baca..aku rasa nak balik rumah..sangat sangat..dulu yes aku memang suka lepak kachi atau uum sampai kadang kadang malas nak balik rumah..tapi sekarang ni aku malas dah nak duduk sini lama lama..bukan ada apa pun...kawan kawan satu batch sume dah nak habes belajar..nak join program pun tak syok sebab jkps ntah pape..dulu best..student dengan jkps kamceng..macam kawan kawan..junior sekarang ni action lebih..tak suka..pastu dengan peraturan yang baru yang ntah pape yang tak logik bagi aku..semua benda la aku menyampah..haihhhh..tak faham kenapa senior senior dulu semua duk sayangkan UUM..kenapa aku tak rasa sayang pun?? *statement giler*

malas la nak cakap pasal bnda benda tu..buang masa je..apa yang aku nak buat sekarang ni adalah fokus study..enjoy enjoy dengan kawan kawan..kawan kawan la pengubat rasa bosan..huhu..k la mahu sambung setadi dah..choww cincauu..gud luck friendssss..:)

p/s: jeles perkara biasa bagi wanita..manusia biasa yang lemah memang mudah untuk rasa jeles..bila jeles tandanya sayang..kan kan kan...kalo tak jeles tu nampak sangat tak sayang kann..haha..n yes..im jealous much!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

have a rest~

ohhooiii..otak penat otak penat otak penat...haaa..betapa penatnya otak aku..penat buat apa?penat buat nota laa..dengar cite jumaat depan aku dah start paper..tapi dengar cita lagi ahad and selasa still tutorial and presentation...*pengsan*

aku rasa sem ni la sem paling kelam kabut aku..dengan takda study week nya..dengan paper dekat dekat nya..dengan class yang tek kehabisan nyaa..omoooo...i wanna have a break for a while pleaseeeeeee!...steress tahu takk?? memory otak aku ni takda la besar mana pun..hadoii..

so sekarang ni aku tengah berehat rehat..sambil sambil mengisi perut ku yang kekosongan ini dengan sepeket maggie..auuwww..macam mana la nak kurusnyaa..kalo memalam cenggini pun nafsu makan aku masih besar..*double sigh*

jadual exam aku nak kata padat takda la padat sangat..mungkin sebab takda study week kot tu yang aku sedikit steresss..bukan aku sorang je yang steress ramai lagi yang berperasaan sama dengan aku..huhu..minggu depan confirm aku ponteng buat cuti sendiri..haha..minggu bar exam dah lepas..aku tak pernah ponteng pun..bukan tak pernah tapi jarang ponteng..kikikii..so takpe la kalo nak ponteng minggu depan kann..hee

jadual exam aku:

1jun: International Trade law
3jun: Legal Ethics
8jun: STID
9jun: Equity & Trusts
12jun: Company Law 2
14jun: Land Law 2

ohhooiii....lambatnya nak abes exam..aku nak p bercuti pulak niiii...bosan dah duk UUM yang takda benda menarik untuk dilakukan...bosan tahu...tetiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab dapat survive kat UUM and hulu sintok ni for nearly 3years..bravo! *big clap*

tapi before cuti nak kena harungi 6paper dulu..baru leh enjoy..tapi bile abes semester 6 ni..bukak semester baru aku dah jadi SUPER DUPER SENIOR...in the last year..forth year!..cuak hokeyy...means dat makin dekat lah aku dengan kerjaya peguam..mampu ker aku survive nanti? aku ni belajar bukannya pandai sangat pun..english pun tunggang langgang lagi..macam mana woiii...erghh..kecewa dengan diri sendiri *hantuk kepala dekat dinding*

tapi apa apa pun aku harap kami mampu lakukan macam senior senior kami dulu..insyaAllah..pray for our best..okehh..times up!..sambung study pulak ye..gudnight:)

p/s: tak paham kenapa sesetengah orang suka reply message lambat lambat..haihh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kahwin

kahwin..apa makna kahwin sebenarnya??kahwin mengikut ilmu pengetahuan yang aku ada adalah penyatuan dua hati dalam satu majlis serta menghalalkan hubungan dua orang yang bukan muhrim..woow..entah betol entah tidak maksud aku ni..alaa..korang pun mesti tahu kan..tak pun nanti gugah ye maksud kahwin anak anak..


sekarang ni agaknya musim kahwin la kot..sana sini orang duk cakap pasal kahwin..pasal tunang..kenapa yer??boleh dikatakan selalu lah aku dengar berita orang kahwin atau tunang ni..for example, hari ni ada dua orang yang baru akad nikah which is seorang adalah sepupu erah yang dipanggil sebagai Epah @ Darah Mata (nama facebook) and lagi seorang adalah senior aku, Abang Paan yang dulunya Mantan MPP dan sekarang ni kerja dengan UUM di bahagian Cancelori..and seterusnya hari sabtu ni classmate aku punya kenduri kahwin iaitu Widyaevasari..widya ni lagi advance dari semua orang..dia kahwin masa awal bulan 4 lagi time kitorang cuti midsem..yang hari sabtu ni kiranya majlis belah lelaki la pulak...and also last friday kak badiah pun dah selamat kahwin setelah 10 tahun bercinta..perghhh..

perghhh..everybody talks about marriage..including me myself..erkk..hahaha..*gatai* bukan cakap apa..yela..kahwin is an exciting thing i guess..haha..tapi of course there's lot of burden and responsibilities that need to be carried out..bagi yang dah couple memang sememangnya kahwin akan menjadi one of their wishlist..bile nak jadi tak tahu la tapi letak lam wishlist jela yang mampu..hehe

ramai yang bertanya, kenapa perlu kahwin masa tengah belajar??kenapa tak tunggu kerja dulu??actually its depend on that person..if they think that they can balance their time between marriage and study, then go ahead..at least dapat mengelakkan sebarang perlakuan berunsur zina berlaku..kan kan kan..am right people??

bagi aku pulak, aku nak la kerja dulu..ada gaji sendiri, kereta sendiri baru nak kahwin..memang nak kahwin awal tapi bila fikirkan tentang tanggungjawab aku as anak sulung dalam keluarga, rasanya baik aku berbakti pada keluarga aku dulu..sebagai membalas jasa mereka..mungkin nak ikat pertunangan awal aku takda masalah lah..tunang je pun..hehe..kos tunang taklah sebanyak and setinggi kos kahwin..

aku kalo boleh nak la jugak menyumbangkan sedikit duit untuk perkahwinan aku nanti..taknak la biar pihak lelaki je yang tanggung..and kalo boleh aku taknak bebankan ummi n ayah aku tentang perihal belanjawan perkahwinan aku nanti..yela..takkan la kahwin pon mak ayah nak support..huhu..tapi aku tak nak bebankan bakal suami aku nanti untuk urusan majlis kahwin..oopsss..terlebih pulak..but its reality guyss..:)

tunang awal tak libatkan kos yang banyak and aku ni jenis yang simple simple..tak perlu nak buat majlis grand grand..yela..tunang je kot..simple mimple sudah..asalkan berkat yang kita nak..sama jugak la dengan kahwin..aku bukannya artis nak buat majlis besar besar..hahaha..

so bagi sape sape yang terfikir nak tunang or kahwin awal, silalah fikir masak masak dulu..fikirkan keluarga dulu..sudah cukup ke bakti kita terhadap mereka (ibu bapa)..cukup dah ke jasa mereka kita balas..family comes first..kalo jodoh pasti tak kemana..:)

p/s: awak...datanglah rumah kite kalo sudi ye..hikhikhik:D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dietary

heyy..semuanya nak kurus..dan semuanya yang aku tengok sekarang ni dah kurus tapi aku??gemuk macam tu jugak..haiyooo..azam bagai nak rak nak diet bagai tapi pantang jumpa makanan terus sumbat dalam mulut..apa cerita???najmi najmi...

dalam kelas aku, ada la few people yang dulunya mungkin sedikit berisi but now dah selim melim hokeyy..dulunya mungkin aku nampak sedikit kurus berbanding diorang but now..omaigodddd...im double or maybe triple bigger than them..pheww phewww...bahaya nihhh...

so tadi dalam kelas ada la seorang kawan kitorang tanya kat member yang dah ramping lagi kurus tu apa tips yang dipakai..so dibawah ni antara2 tips nya la..:


  • jangan makan waktu malam. make sure u stop eating at 8pm..kalo nak makan tengahari macam tak pernah makan sepuluh hari takpe tapi malam start jam8 until tomorrow morning jangan duk gatai nak sumbat makanan dalam perut.. (mampu ker aku??hahaha)
  • jangan minum air masak at least 3 hours before u sleep at night..sebab kalo minum air, perut jadi kembung..then kita tidur, kekembungan perut kita akan dibawa hingga pagi esok, so nak kempiskan balik its might be quite difficult la.. (patutla aku gemuk, 5minit before nak tidur mesti nak kena minum dulu takut dahaga dalam mimpi..hahaha)
  • go for swimming..swimming is the best sport kalo nak reduce lemak di badan..sebab segala otot otot kita bekerja ketika kita swimming.. (ohhoiii..swimming pun tak pandai..lemas dulu baru jadi kurus..haha)
  • dont eat too much of fruits because fruits have too much sugar which the sugar will lead to obesity..ambil dalam kuantiti yang sepatutnyaa laa..sebab people tend to take fruits only because they thought that makan buah boleh kurus..haha.. (aku pun pikir macam tu jugak..hikhikhik)

ni jela kot yang sempat ditanya..aku pun ada la jugak terbaca dalam magazine atau tweet tweet pakar kesihatan mengenai penjagaan berat badan..tapi aku ni je yang tak berdisiplin..the best diet is that u do ur exercise regularly like jogging...ramai yang cakap macam tuh..tapi sekarang ni most people nak ambil jalan mudah and singkat dengan ambil supplement or whatsoever like Herbalife..memang nampak effect dia tapi untuk jangka masa panjang nobody will know what will happen..

love your body and health and eat whatever you want when you have that chances because once you fall sick, you will never can eat like before..yes..beauty is pain but we must know to what extent we should go for dietary.. :D

p/s: beliau selalu cakap kat aku..pernah ker aku kurus keding sebelum ni..haha..ni mesti kes tak puas hati aku lagi kurus dari dia sekarang nih..abg, u can try this methods if u happen to read my blog one days..hihihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kesempurnaan~

Assalamualaikum..

fuh..lama tak menulis dengan formalnyaa..bukan tak nak tapi tak da masa dengan idea yang begitu banyak utk dicarutkan dalam blog ni..haha..

kesempurnaan..perfect..semua orang nak jadi sempurna..begitu juga aku..tapi hakikatnya tidak ada seorang pun yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. bagi yang lain aku tak tahu tapi bagi aku, aku sememangnya bukan manusia yang sempurna..banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki..banyak yang perlu diupgrade kan lagi..kalo dari kaca mata teknologi atau laptop, banyak benda nak kena format balik supaya ia menjadi sempurna kembali..begitu la aku..

sometimes, people tend to observe ourselves from our appearance..yes..our appearance might look good sometimes but heyyy..dont judge the book by its cover people!..masing masing ada expectation masing masing terhadap seseorang..jika seseorang itu tidak sempurna, mula la kata kata belakang kedengaran atau pun sebaliknya..

aku mengaku yang aku tak sempurna..tiada apa yang bagus dalam diri aku ni..im humbly said that im nobody..sebab kadang kadang orang tengok aku sebagai seorang yang sempurna..punyai segala..hebat dalam semua perkara..walhal aku sendiri punyai kelemahan tersendiri..bila mana aku melakukan sedikit kekhilafan, mulalah hukuman dijatuhkan terhadap ku..ehh apa yang aku carutkan ni??haha..tapi tulaaaa..apa yang aku nak sampaikan adalah aku tak sempurna..punyai banyak kelemahan dari segala segi..

walaupun dari luar nampak macam aku cool..*coollahh sangat kannnn..haha* tapi dalam hati tiada siapa tahu...kadang kadang rasa down..kadang kadang t'emo dengan sendirinyaa...termasam muka..haihh banyak laa..aku juga tak sempurna dalam perhubungan..banyak yang perlu aku pelajari..dari segi mengawal kejelesan aku..oohh aku memang kuat jeles..maaflahh..tak tahu nak buat macam mana..tapi aku rasa aku masih mampu berfikir dan mengawalnya..hehe...

tapi seriously..im not perfect..i have no specialty..im nobody..but i am what i am today..im in the process of changing to be a better person, gud daughter, gud life partner to him, gud friend to my girlfriends and importantly im trying to be a gud ummah to my religion..with my imperfection, i try to be a little be perfect to some people whom i love..nobody is perfect but everybody can try to be perfect at least to themselves..:))



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 o'clock in the morning

still awake...completing my stid's assignments..while listening to Era and tweeting with my friends..

in my minds, there are lots of thing that need to be thought about..study, family, friends, social life, future career,  relationship with him...and all these things drove me into a tension zone..

listen to radio is one of the way to reduce my tension...thnx to Era!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

the times..

time flies very fast as in a blink of the eyes..i felt like i just entered into the sixth of semester but now heyyy we are heading to the end of semester!!...like seriouslyyy???next semester gonna be my seventh semester and im in final year already..ohh emmm geee :(


the final examnination just around the corner..only two weeks left but still i have lots of assignments need to be finished..erghhh..so stresss!..there will be no study week for this semester and it makes me double stress!!...

i really do not understand why they need to abolish the study week..do you guys know how important it is for us as student to prepare for our exam? only during study week we have time to make our revisions..but now???

hurmmm....cant wait to finish all my papers and run back to my hometown and enjoy the life which there will be no assignments, classes, talks and anything...

unfinish assignments:
1) tutorial company law
2) tutorial equity and trust
3) presentation company
4) final project for stid


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

random much!

halluuuu...


now im in holidayy...hoyeeahhh...for 1 week only but its enough as long as i can been at home..hee..even though have a week of holiday but the assignments already give a very bad headache..too much works that need to be settled within this week...plus we will have another mid sem test on land Law on 28th April...phewww3...

home is where my heart is..even though my sweetheart is not here...heee..oohh speaking about my sweetheart...he is on his way back to sintok from KL..he has a veryyyy longg journey this weekend..from Johor Bharu to Kluang then going to Seremban visiting his sister then this morning go to KL visiting his other two sisters...and at night on the bus going back to sintok as tomorrow he need to work..pity him...dear..i know u can do it!..hehehe

actually i dont know the point of this entry..oohh sory guys because im wasting ur time reading this rubbish entry!..LOL....

this evening once again i watched clip video lisa and yusry about their marriage...and heard the song of Penghujung Cintaku...somehow its reminds me to him cause he gave me that song as a present...and when i listened to it carefully and i realised that that song has a veryyy deep meaning..love that songgg..<3<3

hurm need to stop..if not ill write something ridiculous in this entry..hoho...daaaa bloggers...assalamualaikum:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

April fool~

hai hai hai...sedar tak sedar dah masuk bulan april 2012 dah..betapa pantasnya masa bergerak..hujung minggu ni dah start cuti midsem...assignment makin bertimbun..and of course usia pun makin menginjak ke angka yang lebih besar..hewhewhew..


1 April terlalu sinonim dengan kejadian yang dikatakan April Fool..ramai yang suka tentang April fool ni..tau tak april fool tu apa? ala..time april fool la sesetengah orang bergurau dengan rakan sendiri seperti contoh seorang teman ni post kat facebook cakap dia nak kahwin esok..then semua orang percaya..bile dah ramai bertanya..last last dia cakap "April Fool!!"..means that orang dah terkena lah dengan tipu helah nya tu..erm lebih kurang la kot..

ni sedikit sejarah April Fool yang dipetik dari Laman Web Rasmi JAIS:

" Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam. "

so, sekarang dah tahu kan...tapi walaupun berulangkali artikel sebegini dipublish samada di blog, twitter mahupun ruang sosial paling meletop iaitu facebook, masih juga ada umat islam yang menyambutnyaa..semoga mereka mereka diluar sana diberikan hidayah dan petunjuk dar Allah s.w.t..insyaAllah..:)

so sekarang dah masuk bulan April..like my friend said at her twitter...April will be a little bit harsh to us..in other words it will be a tortured month ever!..haihh..kepala berserabut assignment belambak..study tak habes lagi..mood dah takda..pikiran dah duk melayang sampai rumah dah ni..sobsssss...this is my worst semester ever...:(



SAY NO TO APRIL FOOLS' DAY!!...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku pinang kau dengan bismillah:)

ni salah satu lagu yang aku suka jugak...first time dengar lagu ni masa cuti sem lepas..tengah tengah kemas dapur and sidai kain pasang Era..tup2 keluar lagu ni..perghh..sedap gile ok!..haha


mula mula taktaw la lagu apa ni..then dengan gigih dan bersemangat waja aku terus p search lirik lagu kat En Google..mana mana yang ingat aku taruh jek..keh3..then ada lagu tuh!..yeahh..terus download on da spot taw..haha..tiap kali lagu ni ke udara adalah masa dekat dekat nak azan zohor atau after azan zohor..hehe..


so dengarkanlah yek..tapi aku rasa mesti sume orang dah tahu pasal lagu ni..kan3..heee:)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sparkling Like a Star

hai gojessss...kalo tengok title entry mungkin ada yang boleh teka la apa isi kandungan dye..bagi mereka yang tak tahu jum baca body of content nya ya..hehe..


last weekend..hari jumaat kami ada Annual Grand Law Dinner anjuran Law Society yang dihandle oleh Semester 4..means our junior laa..kitorg dah handle dinner law tahun lepas..bagus kan law soc kami..we have our own traditions that have been followed every year..selain dinner, untuk event family day akan diuruskan oleh pelajar semester 2..so semuanya batch kami semester6 dah uruskan..hehe

okey..back to our story..law dinner dibuat di Star City Hotel, Alor Star..best!..ballroom yang cantik and hiasan dekorasi yang sangat menarik..ala ala Grammy Award gitewww..dengar cita theme kitorg Grammy Award..auuwwww..huhu..

seperti biasa..bile nak dinner masing masing sebok lah nak cari baju baru, kasut baru, clutch baru..buat rambut baru *free hair*..macam macam laaa..time2 macam ni la kalo nak tengok sape yang lagi pandai berfesyen..masing masing berlumba lumba taw..for me it is enough with baju kurung..simple but looks nice:D

geng kami semua join dinner kecuali yati sebab akak dia tunang..bukan yati taw..hehe..aku..erah..dhila..erma..aina..tiqah...kami duduk semeja..sekali dengan kak bel and yani..haa dayah saad jugaaa..heee..masing masing berdandan mengalahkan princess taw..cantik!..malam tu kami makan Chinese Cuisine..bagi kau best la jugak..tapi ada la yang tak berapa nak boleh telan..bayar RM65..haruslah melantak semuanya!..hihi

banyak giler persembahan..suara farah umairah sumpah sedap..siap dapat offer dari members of lawyer counsil untuk buat nyanyian kalo dorang ada event..khelasss giteww kau jah!..haha..snap pictures pun belambak lambak..

malas nak cite banyak..jum preview gambarssss:D

the girls...:D

like princesses:)

with our senior..azlan

we are altogether and will not be separated:)

comel kan merekaa:D

yeaaahhh..Grammy Awardsss...=,=

cheeseeeeee~

surround with balloonsssssss:)

with mt indian's friendssss:)

yeahhh..this is me..huhu...

banyak kan gambar kami..nampak best kan....huhu..so sampai sini saja coretan..tadaaaa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terukir Di Bintang

sekarang ni lagu yang paling meletopssss di radio dan menjadi pilihan ramai adalah lagu Yuna-Terukir di Bintang...mula mula dengar macam "alaa..biasa jekk..sedap laa..ok laa.."..haha..lebih lebih kurang je pendapat aku tentang lagu ni..


so satu hari ni..one of my friend, suhaidah..dia bagi klip video perkahwinan lisa surihani + Yusri KRu..semua sekali aku tengok..background music yang digunakan adalah lagu Terukir di Bintang..sambil sambil tengok adegan sweet and romantik lisa and yusri..tambah pulak lagu yang memang sangat kena dengan situasi..secara tak langsung and tanpa disedari aku telah jatuh cinta...jatuh cinta pada siapa??pada lagu ni laaa..ahaha..ad la tu yang pikir bukan bukan..keh3..

sedapp oooo..memang sesuai lah lagu ni kalo nak luahkan isi hati indirectly pada seseorang..suruh partner masing masing dengar then definitely they will know what is in your heart and mind...khelass giteww kau bedah!..haha..

so hari hari aku dengar Era..memang takkan miss dengar lagu yuna ni..siap download lagi taw..betapa sukanya aku dengan lagu ni..cun ahhh..hehe...


dengarkan lagu ini..best! dedicated for YOU too..iloveyou:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip to Penang:)

Penang..negeri bersebelahan dengan Kedah..negeri pulau yang kecik di semenanjung ni..yela duk kat area pulau memang la kecik kan..after 6semester berada di bumi Sintok ni akhirnya berpeluang jugak la kami bercuti di Penang..ni percutian bajet okeh anak2 sekalian..kami taruh RM100 per person for the transportation fees, fuel, toll, hotel, parking and contingencies..overall semuanya RM70..hebat kan!..hee


plan dah lama..about 3weeks before the day pegi Penang..banyak tempat la yang rancang nak p..actually aku dah p dah penang dengan si dia last semester..yang tu memang first time la menjejakkan kaki ke sana..a surprise for me..short vacation..pergi balik..ok laa..syiookkk!..hee

antara tempat yang dilawati adalah Bukit bendera (Penang's Hill), Plaza Gurney (Seoul Garden), Toys Museum (Tanjung Bungah), Masjid Terapung, Batu Feringghi, Padang Kota Lama, Pasar Chowrasta, Penang Botanical Garden, Queensbay and Penang Port..kami main redah je la lalu kot mana mana yang boleh and thanx to GPS coz helping us a lot..kami konvoi dua kereta..naik viva..satu aku drive and the other one kak bel yang drive..we stayed at Paduan Inn..ok laa..not bad..

p bercuti aku bukan la nak shopping sangat pon sebab yela duit pon tengah semput semput..so memang dah plan la p penang memang nak melantak makanan je la..and for the first time aku makan pasembor..best wooo..pasembor ni actually rojak kalo kat terengganu or kelantan..banyak gile..aku share dengan member yang lain..so takla terasa sangat mahal nya..harga pasembor yang kami beli is RM40..tapi sumpah sedap giler!

pasar chowrasta pon kami redah..walaupun jalan sesak dengan penduduk penang yang bawak kereta macam duk kat kl akhirnya sampai jugak..banyak la aku memborong jeruk..pasar chowrasta ni adalah syurga jeruk..rambang mata okeh nak pilih jeruk..wuwuwuwuwuu..and tak lupa aku beli t-shirt penang..kenangan la kononnyaaa..padahal dalam almari aku da taktaw nak sumbat mana baju-baju ni sume..keh3..

ondaway pulang kami naik feri..syok..dah la hujan..aku ngan yati and tiqah gigih giler kuar dari kereta and duduk bersidaian di tepi pintu feri sambil berpayung..naseb baik aku pegang kuat2 kalo tak kompen da terbang masuk laut..hahaha..

so overall memang syok gile ahh..lepas ni plan nak p Langkawi..insyaAllah kalo bajet cukup..so jum preview snapshoot kami di penang..zassss~


jambatan Pulau Pinang:)

Penang's Hill....sejukkk..hee:)

with bestiessss:)

we're on vacation..hoyeaahh:)

a snap in the sunny day..

persis artis gitewww:)

Seoul Garden..feel like we're in Korea..ahnyongg:)

our table covered with plates and foodssss..delicious!:)

after performing the prayer at Masjid Terapung..we met with a bride and groom..hee:)

Batu Feringghi..cantik kann..hehe:)

we're at the beach:)

yeaahh..pasemboqqq..so many choices..rambang mata..hewhewhew:)

looks nice rite?..nyummyyy...:)

at botanical garden..like Secret Garden..beautiful scenery:)

syurga jeruk...pasar chowrasta:)

on the ferry...muka tak bermaya...huhu

suasana di atas ferry..on the way back to Sintok..huhu..

lastly...this is me!..yeaahh..muka saya tak cantik tu yang tutup pakai shade..ni shade erah..my happy face:))

setakat ini sahaja yang mampu diupload...we have nearly thousand pictures taken just in 2days and one night..so untuk hapload semua sekali boleh pengsan!..haha..so adioss aminggosss;;=)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS